Friday, March 14, 2008

SOALAN-SOALAN YANG BIASA DITANYA

SOALAN -SOALAN YANG BIASA DITANYA

Apakah itu Antosianin?
Antosianin merupakan bahan semulajadi yang memberikan pigmentasi (warna) kepada buah-buahan dan sayur-sayuran, khasnya dalam buah-buahan beri dan bertindak sebagai antioksida semulajadi yang kuat. Semakin banyak bukti saintifik yang menunjukkan bahawa beri kaya dengan antosianin mengandungi banyak manfaat kesihatan dan kuasa perlindungan.

Apakah itu OPTIVIN™?
OPTIVIN™ merupakan ekstrak beri berbilang jenis yang telah diformulasi dan diuji selamat, mempunyai bio-ketersediaan, aktiviti antioksida dan anti-angiogenik (kebolehan untuk mengurangkan pertumbuhan saluran-saluran darah yang tidak dikehendaki yang mungkin mengakibatkan pembengkakan urat pembentukan tumor) yang optimum.
Kepelbagaian biologi wujud dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, begitu juga dengan manusia. Dua puluh individu yang mengambiil bahan yang sama akan memberikan reaksi yang berlainan terhadap bahan-bahan tertentu. Bagi seseorang, memakan strawberi mungkin akan meningkatkan paras antioksidanya selama 4 jam, tetapi bagi seseorang yang lain, kesannya mungkin akan bertahan selama 20 minit sahaja.
Dengan menggabungkan buah-buahan beri yang telah diuji ke dalam satu formulasi yang amat berkesan, OPTIVIN™ membekalkan spektrum antioksida yang lebih luas daripada mana-mana satu ekstrak beri individu.

Mengapa saya perlukan OPTIVIN™?
Selama beberapa dekad, para saintis telah menemui yang pembentukan molekul oksigen yang tidak stabil di dalam tubuh badan manusia adalah tidak dapat dielakkan – setiap sel menjanakan puluhan daripada ribuan molekul tak stabil setiap hari. Apabila anda mempunyai terlalu kurang antioksida untuk membasmi radikal bebas, kesan kerosakan yang nyata akan berlaku membawa kepada masalah pelbagai jenis penyakit, daripada strok dan fibromyalgia, ke sinusitis, artritis, masalah penglihatan, dan juga penyakit Parkinson dan Alzheimer. Diet yang tidak sihat, asap rokok, pencemaran alam sekitar, dan sinaran ultraungu (uv) meningkatkan bebanan radikal bebas, lalu menghasilkan satu keadaan yang dikenali sebagai “tekanan oksidatif”.
Mujurnya badan mempunyai sistem pertahanan terhadap komponen “oksidan” yang teruk ini: antioksidan. Dijumpai dalam pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran, antioksida mampu membasmi radikal-radikal bebas ini. Apabila anda mengalami proses penuaan, anda akan mempunyai lebih radikal bebas atau kurang antioksida, atau kombinasi kedua-duanya. Jadi anda memerlukan antioksida untuk membasmi radikal-radikal bebas ini. Antioksida membolehkan membran sel lebih berair, maka memudahkan pengaliran nutrien ke dalam dan ke luar sel.

Adakah OPTIVIN™ merupakan formula yang terbukti dan bagaimanakah OPTIVIN™ bertindak?
Ya, OPTIVIN™ dihasilkan di bawah kajian-kajian terkawal dan yang dirancang dengan teliti terbukti mempunyai ciri-ciri anti-angiogenik. Ia disokong oleh banyak kajian saintifik untuk membuktikan keselamatan dan keberkesanan yang optimum. Kajian tersebut juga telah diterbitkan di dalam jurnal-jurnal yang telah diulas oleh pakar-pakar dalam bidang ini.
OPTIVIN™ mendermakan hidrogen kepada radikal-radikal bebas dan menghentikan kesan-kesan buruk mereka terhadap tisu-tisu. Antosianin membantu memelihara integriti DNA, bertindak sebagai agen anti-keradangan dan anti-mutagenik dan melindungi jantung dengan menjaga ketelapan vaskular.

Adakah OPTIVIN™ selamat digunakan?
Pelbagai ujian dan percubaan dalam manusia telah membuktikan yang antosianin adalah selamat digunakan. Ujian toksikologi menunjukkan tiada kesan sampingan walaupun dikaji banyak kali pada setiap tahap penggunaan seperti yang telah dicadang pengambilan untuk orang dewasa. Maka, OPTIVIN™ adalah disahkan tidak memberi toksisiti yang nyata pada tahap dos yang dicadangkan untuk orang dewasa.

Adakah OPTIVIN™ selamat untuk wanita mengandung?
Ya. OPTIVIN™ adalah selamat untuk wanita mengandung. OPTIVIN™ mengandungi antosianin yang diekstrak daripada buah-buahan beri yang semulajadi dan adalah bebas daripada residu racun perosak atau racun serangga. Ia merupakan antioksida yang kuat yang membantu membasmi radikal bebas dalam badan di samping meningkatkan sistem keimunan. OPTIVIN™ membantu dalam kawalan gula darah dan mengekalkan kesihatan saluran kencing di kalangan kaum wanita.

Apakah perbezaan OPTIVIN™?
OPTIVIN™ merupakan hasil kajian saintifik secara mendalam yang telah dinilai parameter berfungsinya termasuk ORAC (aktiviti antioksida), VEGF (aktiviti anti-angiogenik), bio-ketersediaan dan keselamatan pelbagai ekstrak beri individu. Berdasarkan kepada keputusan-keputusan ini, lebih daripada 20 gabungan ekstrak individu beri telah diformulasi dan dinilai untuk menentukan kombinasi yang paling selamat dan berkesan. Daripada semua kombinasi yang dinilai, OPTIVIN™ adalah satu campuran proprietari berbilang jenis beri yang jelas menonjol lebih hebat daripada yang lain, dan menunjukkan keselamatan, bio-ketersediaan, aktiviti antioksida dan anti-angiogenik yang terbaik.

Bagaimanakah OPTIVIN™ berbeza berbanding dengan flavonoid yang lain?
Atom oksigen bercas positif pada molekul antosianin menjadikannya satu antioksida penderma hidrogen yang lebih berkesan berbanding dengan proantosianidin oligomerik (Ekstrak Biji Anggur) mahupun flavonoid-flavonoid yang lain. Disebabkan oleh struktur molekul antosianin yang unik, ia berupaya meneutralkan beberapa radikal bebas secara serentak pada masa yang sama, manakala setiap molekul antioksida yang lebih terkemuka seperti vitamin C dan E hanya dapat mengendalikan satu molekul radikal bebas pada satu masa sahaja. Struktur kimia antosianin yang unik ini juga menjadikannya beberapa kali lebih berkesan daripada vitamin C dan E.

Adakah OPTIVIN™ berinteraksi dengan ubat yang lain?
OPTIVIN™ adalah amat selamat dan bebas daripada kesan sampingan. Ia adalah selamat digunakan semasa mengandung dan semasa penyusuan. Ia tidak akan berinteraksi dengan ubat-ubatan yang lain yang anda ambil. Tablet kunyah OPTIVIN™ mengandungi dektrosa (diperolehi dari jagung) biasanya dikenali sebagai glukosa. Maka, pesakit diabetes adalah dinasihati mengambil kapsul.

Berapakah banyak OPTIVIN™ yang perlu saya ambil?
Pengambilan saranan harian bagi dewasa ialah 2 tablet atau kapsul, iaitu 1 tablet atau kapsul pada waktu pagi dan satu lagi pada waktu petang selepas makan. Pengambilan saranan harian bagi kanak-kanak ialah 1 tablet atau kapsul. OPTIVIN™ terdapat dalam bentuk kapsul bovin “Halal” yang mudah ditelan untuk asimilasi dan penyerapan yang maksimum dan dalam bentuk tablet mudah kunyah.

No comments: